oncontextmenu='return false;'> pendidikan: langkah penjagaan alam sekitar

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... add your own words !


owner

Contact Me

credits
06:05 | 19 Cloud(s)
langkah penjagaan alam sekitar



πŸ’š πŸ’œ πŸ’š πŸ’œ πŸ’š πŸ’œ πŸ’š πŸ’œ πŸ’š πŸ’œ 
assalamualaikum
selamat petang dan salam satu malaysia

pada hari ini saya akan membicarakan isu berkaitan alam sekitar
   
     Alam sekitar merupakan suatu kurniaan daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya. alam sekitar dapat dinikmati oleh manusia tanpa dikenakan sebarang bayaran. kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada sumber alam sama ada sebagai tempat tinggal atau untuk digunakan sebagai sumber rezeki dalam meneruskan kelangsungan hidup. walaubagaimanapun, terdapat manusia yang menyalahgunakan alam sekitar sehingga menyebabkannya mengalami pencemaran. pencemaran sumber alam terutamanya  sumber hutan terjadi disebabkan sikap rakus manusia yang menebang pokok balak secara berleluasa dan tidak terancang demi mengaut keuntungan yang banyak. pencemaran tidak akan terjadi sekiranya manusia mengunakan alam sekitar dengan cara yang betul.



       Oleh itu, langkah untuk menjaga alam sekitar perlulah diambil supaya masalah alam sekitar dapat ditangani dan sekurang-kurangnya dapat dikurangkan kerosakan alam sekitar.


langkah menjaga alam sekitar :

1. Menguatkuasakan undang-undang
Kerajaan hendaklah menguatkuasakan akta dan peraturan iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan mengenakan denda, kompaun, penjara dan lain-lain kepada mana-mana individu atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar.

2. Kempen kesedaran
Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar (sekolah, ipta dll) dan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. kempen boleh dilaksanakan melalui pengedaran risalah, iklan melalui televisyen dan sebagainya.

3. Mengadakan aktiviti gotong-royong


Mengamalkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah, longkang dan sungai. membersihkan sungai dapat mengatasi masalah pencemaran air kerana apabila air tercemar hidupan air juga menerima kesan buruk. air juga digunakan sebagai minuman dan apabila tercemar ia akan mengandungi bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan. oleh itu, air tersebut tidak selamat untuk diminum.

4. Mengurangkan baja kimia dan racun serangga dalam pertanian
Baja kimia dan racun serangga akan meresap masuk ke dalam tanah dan seterusnya mengalir ke sungai. ini akan mengakibatkan sungai tercemar.

5. Amalan kongsi kereta
Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan akan membebaskan gas beracun seperti karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan seterusnya mengakibatkan penipisan lapisan ozon.

6. Memasang penapis asap
Kilang atau industri hendaklah memasang penapis di cerobong asap. ini dapat mengurangkan pembebasan gas merbahaya ke udara. seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan dan bangunan seperti melunturkan warna bangunan, pokok mati dan batuk.

7. Menanam semula pokok
Pokok yang telah ditebang perlukan digantikan dengan pokok yang cepat matang. ini dapat mengembalikan keseimbangan alam sekitar. ini juga dapat mengelakkan daripada berlaku bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.


                                                                                                                 
      Kesimpulannya, penjagaan alam sekitar sangat penting. justeru itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. alam sekitar bukan sahaja digunakan buat masa kini tetapi juga akan digunakan pada masa akan datang.

19 Comments:

Blogger Felicia said...

Suntuk !!!
Gak tau mau ngapain?
yuk klik link kami nih
asian17.com
di jamin mantap

Blogger Unknown said...

Banyak kesalahan ejaan

πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž

Blogger Unknown said...

Bad

Blogger Unknown said...

Kalau kau pandai kau tulis lapporan lah orang yang susah mau tulis kau cakap bad lu luncau kah

Blogger Unknown said...

Bagus. Ayat yang mudah. Sangat sesuai untuk pelajar yang lemah dalam membuat isi karangan. Terima kasih.

Blogger Unknown said...

Huruf besar ,kecik Tak reti nak beza 😊😊

Blogger Unknown said...

susahΒ² admin tu taip untuk berikan pengatahuan kpda kita tpi kau kutuk dia byk keslhn ejaan ..mgkn admin tu tertaip silp sma jga mcm kita .. bkn kau tdk prnh typo kn ?? πŸ˜„

Blogger Unknown said...

Thank you. It's been very helpful to me since I have been working on the following topics

Blogger love said...

Terima Kasih admin! Ringkas dan mudah utk memahami <3

Blogger Unknown said...

terima kasih admin!! sangat membantu dalam esei sejarah saya <<<333

Blogger Unknown said...

Senang nak belajar sejarah

Blogger Unknown said...

Thank you😊😊

Blogger Unknown said...

terima kasih min share maklumat ini

Blogger KQ said...

Excellent

Blogger Unknown said...

good

Blogger Unknown said...

Jgn ckp mcm tu.....org juga susah taip bg kita ilmu....

Blogger Unknown said...

Terima kasih atas karangan ini...biar apa yang mereka katakan....β˜ΊοΈβ˜ΊοΈβ˜ΊοΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Anonymous Anonymous said...

How to Play Baccarat for Beginners in 2021 - Wolverione
In my previous review of how to play Baccarat, I'll share λ‹€νŒŒλ²³ my knowledge of the basic λ©”λ¦¬νŠΈμΉ΄μ§€λ…Έ rules and 바카라 Baccarat Rules and Betting Strategies.

Blogger zarelajahmil said...

Casino (Chester) - Find Casinos Near You in PA
Find μ•ˆμ‚° 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ Casino (Chester) locations, rates, amenities, and λ°€μ–‘ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ reviews λŒ€κ΅¬κ΄‘μ—­ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ of casinos in Pennsylvania. λŒ€μ „κ΄‘μ—­ 좜μž₯샡 Find related and similar companies μ–‘μ‚° 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ as well


Post a Comment